Tuesday, 19 April 2016



KEMPEN ANTI BULI SK CHEH

Pihak KPM memandang isu buli dan gangsterisme sebagai sesuatu yang serius dan perlu dibanteras pada peringkat awal kerana kesannya boleh membawa kepada gangguan ketenteraman awam bukan sahaja pada sekolah tetapi pada keluarga, masyarakat dan negara.

Buli bermaksud perbuatan mendera atau mempermainkan seseorang atau kumpulan murid supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru atau mempermainkan seseorang murid yang biasanya lemah untuk menggertak atau menakutkan mereka.

Gengsterisme pula bermaksud terbabit dalam kumpulan atau undividu melakukan kegiatan jenayah termasuk meminta wang perlindungan, menindas, memeras ugut, melawan guru, membawa senjata dan seumpamanya.

Ketegasan KPM dalam isu ini dizahirkan dengan mengeluarkan pekeliling yang ditambah baik dari setahun ke setahun termsuk surat siaran menangani tingkahlaku ala samseng dikalangan murid pada 11 Mac 2009. Surat Pekeliling Iktisas Bil 8 2010 dikeluarkan sebagai garis panduan mencegah dan menangani perbuatan buli dalam kalangan murid sekdan surat siaran pematuhan garis panduan mencegah dan menangani perbuatan buli dalam kalangan murid sekolah bertarikh 11 November 2014.

Namun begitu, harus diingat, ibu bapa adalah golongan paling penting yang dapat membantu pihak sekolah menangani kegiatan itu dengan jayanya kerana mereka adalah individu yang paling dekat dengan murid.


SAYANG SK CHEH.



No comments: